Cara Muat Turun Video Di Facebook Tanpa Aplikasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi segmen kali ini di DariGuruUntukGuru di segmen TricksUntukGuru kami akan berkongsi kaedah untuk download video di Facebook tanpa perlu untuk guru download apa-apa aplikasi dan install di komputer guru.

Kadang-kadang terdapat video yang dikongsi di Facebook oleh guru-guru lain adalah sangat bermanfaat bagi guru sekalian, jadi adalah sangat rugi sekiranya guru tidak dapat save  video tersebut di komputer guru untuk digunakan di masa akan datang.

Jadi untuk menyelesaikan masalah tersebut kami akan konsikan TricksUntukGuru bagi membolehkan guru menyimpan sebarang video di Facebook dengan mudah dan berkesan.

Langkah-Langkah

1- Salin URL di bawah dan pastekan di notepad

    https://x.facebook.com/video/video.php?v=Video ID




2- Buka Facebook dan pilih video yang ingin didownload seperti dibawah. Klik kanan mouse dan pilih "show video URL".




3- Copy URL tersebut dan pastekan ni notepad tadi.Dan copy ID video dan pastekan di URL yang di atas seperti dalam gambar di bawah



4- Hasil nya anda akan dapat seperti di bawah



5- Copy URL baru dan pastekan di pelayar Googlechrome atau Firefox.

6- Play video dan klik kanan dan tekan save video as. Selesai




Ok sekadar itu sahaja perkongsian dari TricksUntukGuru pada kalai ini. Harap bermanfaat sekian terima kasih

No comments:

Powered by Blogger.