Model Respirasi Manusia Tingakatan 3


PROJEK MODEL PERNAFASAN

Pada tahun 2017, pelajar Maktab Mahmud Kuala Muda dengan jayanya telah menghasilkan model perbafasan yang bertujuan bagi menunjukkan sistem pernafasan dalam badan manusia.
Pelajar telah menggunakan bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah bagi menghasilkan model pernafasan yang sangat menarik.

Berdasarkan dari projek ini, dengan jelas pelajar sendiri dapat menerangkan bagaimana belon dapat berkembang apabila plastik yang terdapat di bahagian bawah botol ditarik.
Pelajar dengan jayanya dapat menerangkan ia disebabkan oleh perubahan tekanan udara di dalam botol tersebut.

Aktiviti ini dijadikan sebagai kerja rumah kepada pelajar. Pelajar hanya membawa model yang telah siap ke sekolah untuk dibentang di dalam kelas.

Perkara yang diperlukan dalam membina model ini adalah botol terbuang, plastik, straw, plasticine, salotip dan juga getah. 

Dibawah adalah beberapa lagi karya yang telah dihasilkan oleh pelajar tingkatan 3 Maktab Mahmud Kuala Muda.







Hasil yang telah dihasilkan oleh pelajar sangat kemas dan sangat menarik. Semoga ia dapat membantu guru-guru dalam mencari idea Pdp yang berkesan.
Sekian terima kasih.

No comments:

Powered by Blogger.